Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

..Kisah 1 > andai lbh pnjg lg..

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

Bismillahirrahmanirrahim...

“Jika kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula.”
(Al-Isra’: 7)


Pd 1 hari, ada seseorang yang meninggal dunia. Seperti biasanya, jika ada shbt meninggal dunia, Rasulullah s.a.w pasti menyempatkan diri utk mnghantarkan jenazahnya sampai ke kubur. Tidak cukup sampai di situ, pada saat pulangnya, Rasulullah s.a.w juga akn menyempatkan diri singgah utk mghibur n menenangkn keluarga yg ditinggalkan spy ttp b’sabar n tawakal menerima musbah itu. Alkisah, bgitulah juga dgn kluarga slh seorg shbt ni…



Sebaik je smpai di rumah mereka, Rasulullah s.a.w b’tanya kpd zaujah almarhum, “Tidakkah almarhum suamimu mengucapkan wasiat atau sesuatu sebelum dia wafat?”


Si zaujah yg masih diliputi kesedihan hanya t’tunduk. Esak tangisnya masih kedengaran ssekali.


“Aku mendengar ia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yg t’sengal. Ketika itu dia sedang menjelang ajal, ya Rasulullah.”


Rasulullah s.a.w pn… b’tanya, “Apa yang dikatakannya?”


“Aku tidak tahu, ya Rasulullah. Maksudku, aku tidak mengerti apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dahsyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sukar difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong.”


“Bagaimana bunyinya?” tanya Rasulullah lagi.


Maka si zaujah yg setia tu pn menjawab, “Suamiku mengatakan ‘Andaikata lebih panjang lagi…. Andaikata yang masih baru… Andaikata semuanya….’. Hanya itulah yg aku dgr sehingga aku dan keluargaku jd bingung dibuatnya. Apakah p’kataan2 itu hanya igauan dlm keadaan tidak sedar, ataukah pesan-pesan yang tidak selesai….”


Rasulullah t’senyum. Senyum Rasulullah s.a.w itu membuatkn zaujah almarhum shbt menjadi khairanan. Kemudian, t’dengar Rasulullah s.a.w b’kata, “Sungguh, apa yg diucapkan suamimu itu bukan igauan.”


Beliau diam sejenak. “Jika kalian semua mahu tahu, biarlah aku ceritakan kepada kalian agar kalian tidak kehairanan dan bingung.”


Saat itu, bukan shj zaujah almarhum yg dtg menghadap Rasulullah s.a.w. Bahkan, semua ahli keluarga almarhum mengerumuni Rasul akhir zaman itu. Mereka tidak sabar utk mngetahui perihal yg sbenarnya..


“Kisahnya begini,” Rasulullah memulai. “Pada suatu hari, dia sedang b’gegas ke masjid untuk melaksanakan shalat Jumat. Di tengah jalan dia berjumpa dengan dengan orang buta yang bertujuan sama iaitu hendak pergi ke masjid juga. Si buta itu sendirian teraba-raba karena tidak ada yang menuntunnya. Maka, dengan sabarnya, suamimu yang memimpinnya hingga tiba di masjid.



Tatkala hendak menghembuskan nafas yang penghabisan, ia menyaksikan pahala amal shalihnya itu. Lalu ia pun berkata, ‘Andaikata lebih panjang lagi.’ Maksudnya adalah andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanya akan jauh lebih besar pula.”


Semua anggota keluarga itu sekarang mengangguk-angguk kepalanya. Mulai mengerti sebagian perkara yg almarhum ucpkn.


“Uhm, ucapan yang lainnya, ya Rasulullah?” tanya sang istri yang semakin teruja utk terus mengetahui.


Nabi s.a.w menjawab, “Manakala ucapannya yg kedua dikatakannya tatkala dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebabnya… pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi lagi utk solat Subuh, cuaca sangat sejuk. Di tepi jalan, dia melihat seorang lelaki tua yg sedang menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sehelai baju sejuk yg baru, selain yg dipakainya. Maka ia pun memakaikan baju sejuknya yg lama kepada si lelaki tua itu.



Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, ‘Andaikata aku berikn yg masih baru kepadanya, dan bukannya yg lama yg kuberikan kepadanya, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi.’ Itulah yg dikatakan suamimu selengkapnya.”


“Kemudian, ucapan yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?” tanya si zaujah ni lagi.


Dengan penuh kesabaran, Rasulullah menjelaskan, “Ingkatkah engkau pada suatu waktu suamimu datang dalam keadaan sgt lapar n meminta disediakan makanan? Ketika itu engkau segera menghidangkan sepotong roti yg tlh dicampur daging n mentega. Tp, sebaik shj dia hendak memakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu n meminta makanan. Suamimu lantas membahagi roti t’sebut kpd dua bhgian. Yg sebelah diberikannya kepada musafir itu.



Justeru, pada waktu suamimu sdg nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalnya itu. Jd, dia pun menyesal dan berkata, ‘Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak akan kuberi hanya separuh. Sebab, andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti pahalaku akan berlipat ganda pula.’”


Sekarang, semua anggota keluarga pn faham. Mereka tak lagi risau dengan apa yang telah terjadi kepada suami dan ayah mereka ketika akan menjelang wafatnya. Kelapangan telah dia peroleh kerana dia tidak lokek untuk menolong dan memberi.


allahua'lam.. ^-^



Blogger Graphics


Leave a Reply