Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

...kuntuman bunga rindu, menghiasi pusaranya.. insyaAllah

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

bismillahirrahmanirrahim...


kala Rejab melabuhkan tirai, sya'ban hadir b'sama puing2 kelopak sakura yg mendamaikan.. sinar Ramadhan tampak tenang di balik ruang dan waktu... gumpalan awan ceria menemari mentari pagi yg menyinarkan bilah cahayanya serata buana.


jam telah menunjukkan pukul 7.oo pagi. dia harus segera. kakinya melangkah pantas ke surau di asramanya. ada misi yang perlu dilaksnakan.. ada p'temuan yg p'lu dihadiri, insyaAllah...1 p'juangan utk meraih kehadiran jiwa2 suci yg baru melangkah ke arena p'juangan seorang guru..


dua pasang kasut kelihatan sudah b'susun di depan pintu.. sunyi.. dia menjenguk ke dalam ruang damai yg p'nah mnyentuh jiwanya dulu.. rumah Allah.. ya, b'gilir molekul2 udara dgn titipan hidayah Allah di dalamnya.. mahu dihirup ataupun tidak.. itu pilihan manusia.. masakan dia enggan? salam diberi, senyuman menguntum manis.. tangan dihulur b'sambut kasih,... p'temuan jiwa2 yg sntiasa mncari wasilah bg mndekatkan diri kpd Allah, insyaAllah.


"mana yang lain2?", musykil dia dalam diri. khawatir, adek2 yg bakal disentuh hatinya dgn tautan ukhuwah itu blum t'sedar dr mimpi.. risau juga t'perangkap dgn jeratan syaitan yg begitu b'usaha mnarik cangkuk2 b'bisa agar tewas dgn keempukan katil setelah slesai mnunaikan ibadah di pagi hari.


jam dip'hatikan.. "humm, isnyaAllah tak lama lagi smpaila kot", getus hatinya. sangkaannya tepat. ya, siapalah dia utk b'suuz zhon.. insyaAllah, selagi mana kita punya niat utk mnyambung smangat juang Rasul s.a.w, bantuan Allah pasti akan datang..


al-akh al wahid.. begitulah kata2 Imam Syahid Hassan Al-Banna.. sikit pn xpe, asalkan mereka tsiqah dan b'kehendak.. if tidak sama2 berada di saf p'juangan pun, sekurang2nya mereka menyokong. yang penting, nilai islam harus diamalkan dalam diri mereka.. huh, risau panahan busur menikam tubuh sendiri.. niat di hati cuba dib'sihkan. tarbiyyah ini harus digenggam dlm dirinya t'lebih dahulu..

*********************************************************


usai aktiviti p'1 dilakukan.. kelihatan wajah2 polos itu begitu teruja. t'lalu banyak yang ingin mereka kongsikan barangkali.. p'mainan biasa.. yg lazim dilakukan dalam mana2 program motivasi.. "si Celik dan si Buta".. namun, setiap orang pasti punya ibrah yg b'beza.. dakalanya ia b'wacana dngn pengalaman sedia ada.. subhanallah..


t'dengar irama melankolik yg cukup dikenalinya.. ada mesej masuk.. peti inbox dibuka.. t'tera nama pengirim, teman sekuliahnya.. awan mula b'arak sepi.. angin sepoi2 bahasa menyapa wajah.. tenang dan damai.. daun2 kering b'guguran... menandakan hari akan mulai hujan..


"assalamualaikum. al-fatihah buat kakak sahabat kita yg baru shj mnghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.30 pagi tadi"



"innalillahiwainnailaihiraji'un...dariNya kita dtg, kpdNya jualah kita kmbali...", dia b'istighfar panjang. jam di tangan dip'hatikan.. arwah telah kmbali menemui kekasih teragung sejam yg lalu akibat demam denggi b'darah. tidak banyak yg dia ketahui tentang keadaan arwah. tambah pula, teman sekuliahnya itu b'lainan jantina. ingin ditanya b'lebihan, khawatir mnimbulkan fitnah. justeru, dia lbh suka b'tanya melalui teman2 yg lain. mnurut apa yg dikhabarkan, almarhum berada dalam keadaan koma yg panjang sblum p'juangannya b'akhir dgn tenang.. subhanallah..


dia memandang wajah sahabat2nya.. mulut terasa berat utk b'bicara.. sebelum ini, salah seorg dr teman sekuliahnya juga telah kehilangan bapa. subhanallah.. hanya puji2an dia lafazkan.. kagum.. melihat ketabahan temannya itu.. saat itu, mereka berada di minggu peperiksaan..kertas terakhir..dan kertas bagi subjek yg paling sukar..


dia cuba mngintai kiranya ada riak2 duka pada wajah temannya itu.,. namun, ktenangan yg t'pancar di wajahnya b'jaya mnyembunyikan betapa luluhnya hati dan perasaan seorang anak.tambahan pula, dia tidak smpat mnatap wajah ayahnya itu saat mghembuskan nafas terakhir.. melainkan seminggu sbelum itu, dia smpat pulang ke kampung...


*********************************************************


begitulah fitrah kehidupan.. siapa yg dapat mnjangka apa yg bakal b'laku pada masa akan datang.. manusia hanya mampu b'kira2 dgn amal, namun tidak mampu mngira kapan datangnya detik kematian. harapannya, semoga ruh almarhum dicucuri rahmat.. ditempatkan dalam kalangan hamba yg soleh.. biar tak p'nah b'sua..namun ibarat ada jalinan ukhuwah yg mungkin t'simpul kerana debu2 p'juangan yg dikhabarkan oleh angin lalu.. dia juga seorang jundi, insyaAllah..


buat yg masih hidup t'masuk dirinya juga, semoga sempat mndambakan diri dan meraih sisa khidupan ini dgn rasa cinta kpd Allah. hidup ini hanyalah smata2 1 medan p'juangan bagi menentukan menang atau kalahnya kita di akhirat kelak.. insyaAllah... wahai Ramadhan, smpatkah dia mnemukannya? allahua'lam..


Leave a Reply