Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

Lafaz Yang Tersimpan

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

Bismillahirrahmanirrahim


Dari kantung cinta ibu,
daku lahir

biar gelap.. namun mndamaikan

Ke ruang yg gelap juga, hidupku kan berakhir

bedanya..
rasanya..adakah sedamai rahim ibu?

***********************************************

TERIMA KASIH wahai serikandi
yg b'jihad dgn sgenap keringat
b'simpul erat segala urat
kejenuhan yg hanya t'bayar di akhirat

TERIMA KASIH wahai bidadari dunia
yg mnjadi teman sgala rasa
kasihmu.. haruman yg mengasyikkan
dakapanmu..ni'mat yg mngujakn
lepas rangkulanmu, nafasku kan t'sesakkan


madah, bicara, kata
tiada antaranya yg bisa mngungkapkan
jitu, tepat
tntg rahsia pd jiwa
utk mengertikan kasih antara kita

***********************************************

TERIMA KASIH IBU, untuk segalanya..!
jasa dan pengorbananmu tak t'lafazkan
t'lalu kecil banding kiranya dgn skadar ungkapan
smoga di 'sana' dikau diberi ganjaran

***********************************************

JOM, BACA SINI
hayatilah dan fahamilah erti pengorbanan seorg insan
bergelar IBU..
Lafazkanlah penghargaan dan kasih kita
selagi masih BERKESEMPATAN..


***********************************************


FN: Ya Allah, ssungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui btapa aku mnsyukuri anugerah yg tlh Kau berikan. Ibu dan ayah yg t'baik untukku... Melamar redhaMu Ilahi, dgn mahar cintaku kpd mereka. Temukanlah kami di syurgaMu, agar kasih, rindu, rajuk, cinta ini akn kekal b'mastautin di hati kami..tidak kan p'nah b'noktah. Redhailah kami di dunia dan di akhirat.. amiin...

3 Responses so far.

  1. Dari sebuku darah dirimu menjadi manusia,
    dari seribu peserta dikaulah yang pertama,
    takala ditiupkan roh ke dalam jasad olehNya,
    bermulalah cabaran disaat menanti tiba..

    lahirnya dikau didunia,
    disambut dgn halusnya alunan azan bergema,
    dalam dakapan ibu kau dipeluk dan dibelai manja,
    terasa dikau akan nikmat syurga sementara..

    penat lelah tidak terkira,
    tanpa rasa jemu melayan seribu noda,
    ibu kau cekal dalam melayani bahtera,
    kerana tanpa kami kau sunyi dalam duka..!

    tangisan mula kedengaran nayring ditelinga,
    tidak pernah meniti dibibirmu terkata,
    kami ini menyusahkan sahaja,
    tetapi bagimu kamilah pembela agama..!

    SubhannAllah, hebatnya kurniaanNya,
    tidak terkira akan ceteknya fikiran manusia..

    wahai ibu,
    dirimu penuh dgn seribu satu rasa kasih,
    tidak pernah kau rasakan lelahnya hidup ini,
    tetapi hanya kebahagiaan yang meniti,
    disetiap saat berlalu bersama kami,
    ibarat disyurgawi bidadari..

    syukran ya ummi..
    kerana tanpa dirimu tiadalah kami..

    ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami, Kau letakkanlah mereka ditempat golongan yang sedikit, dimana tingginya darjat disisiMu.. ya Allah ya Rabbi, Sesungguhnya Engkau Maha Adil.. maka berikanlah keadilan buat kedua-dua mereka..amin ya Rabbal Alamin

  2. amiin...ya rabb al-'alamin..

    subhanallah, kata2 yg indah..
    syukran ats p'kongsiannya...^_^

  3. Alhamdulillah la haula wala quwwata ilah billah..
    ya ante, maafkan ana andai ana bertny..
    bolehkah ana tahu apa tajuk lagu diblog ante ini..? benar2 menenangkan jiwa ana

Leave a Reply