Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

Memilih 'azimah

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

Bismillahirrahmanirrahim



Peluh yang memercik di dahi pantas dilap sambil mata merenung jam di tangan. Sudah hampir 4 jam perjalanan, namun masih belum tiba ke destinasi. Dalam hati ada segaris gusar. Bohonglah jika hanya ‘selamba’ tanpa sebarang rasa takut. Tambahan pula, saat itu baru 6 bulan usia tarbiyyah.. diminta oleh murobbiyah untuk menghadiri program di Tanjung Malim. Ana yang waktu itu sedang bercuti di kampung terpaksa bersesak-sesak dan bertukar-tukar bas dari kampung halaman ke sana. Tiada bas yang terus ke Tanjung Malim. Lebih tragis, satu-satunya akhwat yang ditugaskan untuk menghadiri program tersebut. Tapi tak mengapa, saat itu keyakinan kepada Allah mengatasi segalanya. Semangat pemudi! Allah bersamaku..Allah bersamaku.. getus hati kecil. 

Taat kepada perintah murobbiyah. Walaupun berhari-hari sebelum ke program puas melobi keluarga dengan pelbagai ‘trick’ atau helah yang kreatif. Dapat melangkah setapak keluar dari rumah untuk ke program ibarat dapat melangkah ke taman firdausi... terujanya tu, sukar nak digambarkan.

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" (QS Muhammad:7)




Sepanjang perjalanan, gelagat manusia menjadi santapan minda dan hati. Adakala bibir tersenyum, ada masa pula dahi berkerut. Ah, ragam manusia. bukan lukisan komik. Satu realiti yang hakikatnya menggambarkan kekuasaan Allah SWT. Hati berbunga-bunga, walaupun perlu keluar duit (tidaklah banyak, tapi disebabkan semuanya bergantung kepada perbelanjaan kewangan yang diberi oleh institut), mungkin kadang-kadang ada sedikit rasa berat. Berkira-kira.. tapi, bila difikir-fikir semula..jihad ni. Laburkan sahajalah.. kalau disimpan pun, belum tentu dapat dimanfaatkan dengan baik.  

Setibanya di stesen Tanjung Malim, ana disambut oleh seorang akhwat UPSI (sekarang dah bekeluarga pun, alhamdulillah). Memang taatlah pesanan murobbiyah, “Agak-agak nak sampai nanti, contact Kak M.. ni no die.. die akan ambil enti kat setesen insyaAllah.” Turun melewati tangga bas dengan kepuasan yang luar biasa. Syukur. Allah mengizinkan kaki ini melangkah jauh untuk agama, wang dilaburkan di jalanNya, keringat dikerah untuk menyambung perjuangan baginda s.a.w. mudah-mudahan segalanya terlakar sebagai ‘amal yang ikhlas dalam catatan Raqib. Tangan bertaut, salam bersambut, kehangatan ukhuwah itu mendakap mesra. Subhanallah, rindunya pada Muhammad s.a.w!! 

dari stesen, ana dibawa ke rumah akhwat.. di sana, ana bertemu lebih ramai mujahidah yang telah memilih untuk mengabdikan jiwa, jasad, akal dan segalanya yang dipinjamkan oleh Allah , kembali untuk melaksanakan ketaatan kepadaNya. Ada yang kali pertama kali berjumpa, ada juga yang telah beberapa kali ditemui sebelum ini. Naik turun Perak, satu perkara biasa suatu masa dahulu (semoga hingga saat ini, jiwa-jiwa itu terus tsabat di jalanNya).


******************************************************************

Seawal usia  19 tahun, murobbiyah telah mengarahkan untuk melaksanakan da’wah fardhiyah. pegang halaqah.. ‘Skills’ memang tak ada sangat. Untung belajar sikit-sikit waktu menghadiri Daurah Skill. Itupun, belum cukup hadam. Kalau nak kata ilmu letak dalam poket, memang ana kategori orang yang poket cariklah... tapi takpe, murobbiyah dah beri kepercayaan. Buat je. Tak tahu, belajar. Silap tu pengalaman. Manfaatkan potensi yang ada. Kalau nak dikoreksi, memang tak ada sebarang kemahiran yang ana kuasai. Bila taaruf je ‘time meeting’ dan diminta beritahu kebolehan masing-masing, ana rasa macam nak menyorok bawah meja je. Sebab ana memang tak ada kemahiran yang khusus. Ana cuma ada, semangat. Semangat yang adakalanya menaik, dan adakalanya jatuh sakit. Tapi, ana suka belajar beri diberi peluang untuk belajar. 

Makin usia meningkat, tanggung jawab semakin bertambah. Pernah rasa ibarat akhwat yang termuda yang pergi sesuatu program yang khusus. Menjadikan ana lebih matang. Saat itu. Saat itu... (sekarang alhamdulillah, dh makin ramai adik2 yg ikut da'wah). namun, usia itu bukanlah ukuran yang menjamin pahala kita di sana. Hanya ‘amal yang ikhlas yang menjadi cerminan. Bimbingan dan tunjuk ajar dari saf akhowat, sesuatu yang pasti melamar air mata. Susah senang yang cukuplah Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Jatuh bangun, jerit perih.. ibarat melodi indah yang menggambarkan perjuangan Rasul s.a.w yang dirindui. Andai mampu menunggang kuda untuk sama-sama bertempur di medan peperangan baginda s.a.w, ana mendambakan untuk baginda menyatakan “Ukht, enti ana amanahkan untuk memegang panji ini.” Subhanallah. Tapi, layakkah ana?

******************************************************************

Itu kisah suatu masa dahulu.

Saat kepayahan adalah zikir yang memberi nafas kepada kehidupan.

Saat ini, kesenangan pula yang mula terhidang. Walaupun kesukaran menjengah sekali-sekala. Namun, tidak seperti saat awal melangkah ke medan ini.

Nak ke usrah, dulu perlu naik bas atau tren.. sekarang, dah boleh naik kereta. Dulu, ada juga kereta da’wah untuk program. Kereta yang sangat dhaif. Itu sahaja yang mampu dibeli hasil infaq sesama akhwat. Namun, jasanya besar. Tidak dapat dilupa, ana dan beberapa orang akhwat hampir terlibat dalam kemalangan disebabkan bahagian bonet hadapan terbuka dan menghempap cermin hadapan kereta, menutup pandangan. Mujurlah murobbiyahku (seorang Dr. yang bakal bernikah 6 Oktober ni, alhamdulillah) yang berpewatakan tenang yang memandu saat itu. Kereta diparkir di bahu jalan sebelum langkah selamat diambil. Kereta itu kini telah dijual. Sekarang, akhwat dah ada kereta sendiri..

dulu, meeting sampai kene ke Terengganu. hampir setiap bulan. kalau tidak pun, akhwat2 yang berkenaan akan naik KL. tapi sekarang, nak ke tempat meeting...10 minit pun dh sampai. paling jauh pun Bangi or DHL. nikmat..nikmat.. mudah2an kemudahan2 ini meningkatkan 'amal da'wah dan menambahkan keakraban kita padaNya.

Cuma...

Apa yang ana khuatirkan, jika kesenangan ini menjadikan kita lebih berkira-kira untuk berinfaq. Cepat mengeluh bila perlu ke program-program yang jauh. Merungut bila tak ada kenderaan untuk melaksanakan tuntutan da’wah. Kalau dahulu, berpasang-pasang kasut pun yang bertukar tidak menjadi hal sebab banyak berjalan dan naik pengangkutan awam. Kenapa tidak sekarang?

Kalau dahulu, dalam mutabaah ‘amal kena berinfak sampai RM200 lebih sebulan untuk sama-sama tanggung sewa rumah akhwat... sekarang, tak kanlah, guna kredit RM20 untuk program pun nak di’claim’? bukankah memberi di saat tiada itu, jauh lebih baik dan memberi erti. Ana hakikatnya berpesan pada diri ana sendiri. Bak kata orang, kalau nak beri..beri apa yang kita sayang.  Dulu, isnin nak exam..jumaat sampai ahad ada mukhayyam..tetap pergi mukhayyam. Tapi tu dulu.. ana pun tak pasti ana sekuat dulu atau tidak. Allahurobbi.

Realitinya, ana sedang bercakap dengan diri sendiri. Allah berhak memilih kita untuk berada di jalan ini, dan berhak pula mengeluarkan kita dalam sedar mahupun tidak. Mungkin apa yang kita lakukan sama, tapi yang membezakannya adalah ‘amal ikhlas. Tangisilah kesenangan  yang menjadikan kita berkira-kira dengan da’wah. Mohonlah pada Allah agar terus diteguhkan di jalan ini. kita hina dan kerdil, namun dimuliakan untuk berada di jalan ini. layakkah kita meletakkan syarat kepadaNya?

Antara rukhsah atau ‘azimah? Adakalanya, memilih azimah itu perlu.

Musafir. Di bumi ini aku belajar tentang manusia. hakikat kejadian diriku dan dirimu.
Allahua’lam


“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang besar.” (QS Al-Fath : 1-3)



p/s: teringin rasanya nak merasai kegetiran yang dirasai ikhwah dan akhwat di Mesir. ujian di Malaysia ni, kecil je if nak dibandingkan dengan fitnah yang mereka hadapi. susah yang ana rasai ni pun, picisan je (patutnya rasa malu).. ramai yg lbh hebat diuji. semoga Allah teguhkan kaki mereka di jalanNya. Ya Allah, sampaikan aku  ke bumi penuh barokah itu... insyaAllah. 

cukuplah Allah yang lebih tahu :)

Leave a Reply