Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

Ikan besar vs cengkerang tanpa mutiara

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

Bismillahirrahmanirrahim....
daie: menjadi mutiara atau umang-umang?


Alhamdulillah, tsummalhamdulillah..
Alhamdulillahilladzi hadaana lihadza.. wamakunna linahtadiya laulaa an hadanallah.. 
Allahumma solli 'ala Muhammad..wa'ala alihi wasohbihi wa barik wasallim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memilih susuk hebat seperti Adam sebagai pelari pertama yang memecut dalam menyampaikan baton da'wah..sehingga diteruskan lariannya oleh para Nabi dan Rasul yang terkemudian.. lalu didatangkan pula Muhammad s.a.w bagi menyempunakan pusingan da'wah fil ardh.. dengan momentum dan lonjakan yang jauh lebih luar biasa.. nyata pelari akhir ini menghadapinya dengan penuh ikhlas, membawa baton amanah ini tanpa pernah berhenti, walaupun litarnya penuh liku hingga merobek2 jiwa manusiawi baginda. namun, tetap kemas pegangan akan amanah yang diberikan. sollu 'alaih...


mengenang kehebatan pemuda tersanjung dan terjunjung sehingga seluruh penduduk langit dan bumi berselawat ke atasnya ini... jari jemari ini dilamar rasa pada hati untuk sama mensucikan calitan-calitan fitnah dan ujian yang mungkin telah mula menjengah pada satu sudut nurani para pejuang-pejuang yang bergelar du'ah fi harakah da'wah ilallah.. subhanallah, alhamdulillah.. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita hidayah untuk disantuni dengan tarbiyah, lantas dikurniakan pula hidayah untuk 'berbuat' sedang ramai sahaja dalam kalangan manusia sekadar menerima hidayah untuk hanya 'mendengar'.. lalu, apa yang menghalang kita untuk 'berbuat' dengan penuh rasa syukur?

******************************************************

Situasi 1

Ukht A : banyak betul masa lapang ukhti tu. kita ni punya la bertungkus lumus. tengok jadual da'wah ni dah penuh. tak kan kita juga kne buat?

Ukht B : nak buat macam mana, bulan ni deme sibuk dengan assignment.

Ukht A : assignment? dunia semua tu.. dah lama kot dalam tarbiyyah ni. takkan x tau mana yang lebih prioriti. x hadam tahdiyah ni. 

Ukht B : Allah nak bagi kita pahala lebih.. atau nak uji, kita ikhlas ke x... orang yang ikhlas takkan bersungut, malah rasa izzah nak berbuat.

Ukht A : krik..krik..krik..


Situasi 2

Ikhwah A : akhi, akhi... bangun... kita qiam..

Ikhwah B : tarik selimut sambil mendengus

Ikhwah A : akhi.. bangun.. jom, kita qiam

Ikhwah B : enta ni.. ana penatlah. dari pagi tadi, program, usrah, meeting.. enta bolehlah. medan amal x banyak. ana penat lah!

Ikhwah A : x apalah kalau macam tu. tapi kalau enta bangun, enta menang melawan nafsu. 

Ikhwah B : alaaaah, ikut da'wah ni dah jihad apa.. sudah2... ana nak tidur. sunat je lagi pun. x payah la nak paksa.

Ikhwah A : geleng kepala.



****************************************************** 
Dai'e dan tanggungjawab

Alhamdulillah, hingga saat ini.. Allah masih mengekalkan kita dalam tarbiyyah. mungkin, boleh mula mengkoleksikan pengalaman yang mematangkan. semakin banyak pula amanah dan kepercayaan yang diberikan. tambah apabila meningkatnya mustawa. menjadi da'ie yang superb biidznillah. tanpa ragu melakar kalimatNya di dada langit. penuh semangat dan himmah yang cukup tinggi dengan darah muda yang mengalir deras. laluan berkeluk pun ditelusuri juga dengan rasa izzah.

Subhanallah.. 

berbeza dengan pemuda dan pemudi lainnya, schedule para du'ah dipenuhi dengan perencanaan-perencanaan dan susunan program bagi merealisasikan impian agar syiar Islam kan tetap tertegak. dan setiap perancangan dan program baik sebagai peserta mahupun penganjur, cuba dipenuhi sebaiknya. 


Berpagi-pagian.. dengan misi dan visi untuk ummah. 
hingga pungguk di tengah malam menemani laluan pulang. Alhamdulillah..

Sehingga tubuh merasa lelah dan akhirnya menghukum keperluan asasi yang hakikatnya memberi vitamin untuk terus berdiri ampuh di jalan ini.

Mujahid wa mujahidah..

Khuatirilah.. andai kesibukan-kesibukan yang dikau rasakan telah dilakukan seikhlasnya itu mendatangkan kelelahan. hingga tubuhmu terkujur layu.. tenggelam dalam larut malam. Keletihan sehingga dikau tewas untuk merundukkan diri di hamparan sejadah di sepertiga malam.. malah, kalam Khaliq hanya sempat kau tatapi kala menghadiri usrah atau mungkin pada satu sela masa. disiplin ibadahmu kian merudum...

dan berhati-hatilah dengan 'kuantiti amal' kita sedang kita lupa bahawa yang diterima Allah adalah 'kualiti amal'. justeru, merasa megah dengan apa yang telah dilakukan adalah racun yang bisa mengkuburkan amal jauh terperosok ke dalam 7 petala bumi. nak diangkat amal itu menghadap Rabb, malaikat di langit pertama memalingkan wajah dan menghumbannya semula ke perut bumi. lalu apa yang tinggal sebagai bekal?  Na'udzubillah.


Hablum minallah

Mujahid wa mujahidah,

17 Ramadhan tahun ke-2 H menjadi saksi. berkumpulnya jiwa mapan yang luar biasa tarbiyyahnya bagi mengibarkan panji Islam. penuh gagah menghunus pedang dalam peperangan yang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar. 313 orang pahlawan Islam yang ulung itu bisa mendepani 1 000 musyrikin Makah tanpa sepicing rasa untuk menyerah.



Walaupun kelongsong perut tidak terisi dari terbit fajar sodiq hingga terbenamnya matahari. Mereka sedang berpuasa!! lantas bagaimana fitrah manusia yang akan merasa lemah tanpa makanan tambah menghadapi satu pertempuran yang amat sengit dapat bertahan dan berjuang sehingga kemenangan menjadi milik mereka. sedang mereka hadir dengan bilangan yang kecil!! Sungguh, pertolongan Allah bersama mereka.

“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya”. (Al Imran; 123-125)
 
adakah pedang yang berkilau itu mampu merobek jantung musuh andai tiada lonjakan iman yang amat ajaib.. yang diperoleh oleh seorang hamba yang amat dekat dengan Tuhannya.. justeru, tiada yang mustahil buat mereka-mereka yang dikasihi Allah.. mereka malah menjadi lebih gagah berbanding yang tidak berpuasa. Subhanallah...

Malam mereka terisi dengan solat malam. sedang siang hari mereka bertempur di medan perang.. lelahkah mereka? berkeluh kesahkah bibir para mukhlisin itu?? tidak sama sekali!

malah, ngauman 'asad (singa) pada siang harinya tadi mula mengiau sayup-sayup, merebahkan diri sebagai 'abid (ahli ibadah) di hadapan Pencipta Yang Maha Esa. 


Masa untuk merenung diri

ikhwah wa akhwat fillah..

Ketsabatan kita di jalan ini adalah hidayah yang diberikan oleh Allah.. justeru, keikhlasan dan rasa syukur diperlukan bagi melamar izinNya agar kita dapat terus mengorak langkah yang lebih jauh. bukan kerana manusia. bukan kerana harta. bukan kerana pujian. bukan kerana pangkat dan jawatan. tapi untuk menatap wajah Allah SWT dan untuk mendampingi Muhammad s.a.w di Firdausi dengan sebenjana rindu yang dikocak-kocak hebat!

Mana mungkin, jiwa yang sirna dari cintaNya dapat membenih taman cinta pula dalam hati manusia lain.. mana mungkin imam yang tidak khusyuk mampu menggoncang hati manusia lain untuk sama-sama rukuk dan sujud padaNya.. mana mungkin tangan yang lemah menadah mampu meyakinkan manusia bahawa Allah Maha Memakbulkan Doa. Mustahil juga lidah yang sepi dari melantunkan kalimahNya mampu pula mengusik hati manusia untuk menghayati kalam cintaNya..

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." (Al-Hadiid: 16) 

Walau sesibuk manapun kita dengan keyakinan kita sedang beramal di jalan Allah. Usah pernah lupa tanggung jawab untuk memberi makanan kepada ruh kita. Yakini, ruh yang kenyang akan memberikan tenaga luar biasa kepada jasad dan akal untuk beramal dengan redhaNya insyaAllah.

Muhasabahlah:
1. Solat fardhu kita(awal waktu, berjemaah)
2. Solat sunat kita(tahajud, taubat, dhuha, dll)
3.Puasa kita
4. Tadarus kita
5. Hafazan kita
6. Sedekah kita
7. Ukhuwah kita
8. Bacaan buku kita
9. Riadah kita
10. serta hak-hak yang lainnya.

usahlah kesibukan kita dalam kerja di medan amal, mencacatkan ibadah ruji  kita. seharusnya, ibadah-ibadah ini yang perlu lebih dijaga justeru kita dapat beramal di medan sebagai singa yang lapar. insyaAllah!

Renungan dan teguran khusus buat diri sendiri.
semoga Allah meramati.

Ketahuilah, bahawa gelas yang kosong tidak pernah mampu mengisi gelas yang lainnya. yang ada mungkin hanya bunyi bising kala kedua bibir gelas berlaga. Astaghfirullahal'adzim... Tetapi gelas yang berisi malah penuh, dapat mengisi gelas-gelas yang lain dan memberi manfaat kepada semua insyaAllah.



"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya." (Al-Anbiyaa‘: 1)
 
Allahua'lam



Leave a Reply