Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

Nahnu Du'atun

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر



Bismillahirrahmanirrahim



Melihat status anak didik yang baru berusia 12 tahun itu, membuatkan ana menggeleng beberapa kali. Ini bukanlah kali pertama dia mengemaskini status yang sedemikian rupa. Malah, beberapa kali juga ana cuba menasihatinya dengan gurauan yang bersahaja. Namun, mungkin belum cukup telus dan ikhlas nasihat yang diberikan. Ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Walau bagaimanapun, seorang pendidik tidak harus berputus asa untuk membentuk anak didiknya. Mungkin, kita yang lupa mendoakan mereka.

***********************************************************

Sebagai seorang penuntut, ana terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak ke sana ke mari. Melainkan ada akhwat yang berkereta yang mempunyai urusan dan hala tuju yang sama. Dapatlah kaki berehat. Tetapi, sebenarnya menaiki pengangkutan awam ni suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kita belajar dan bermuhasabah diri dengan melihat keletah manusia yang pelbagai. Ada yang dirakamkan dalam bentuk potret yang dapat ditatap, ada juga yang cukup sekadar terlakar dalam ingatan. 


Beberapa hari yang lepas,  sewaktu menaiki KTM menghala ke Klang.. ana dipertemukan dengan seorang gadis belasan tahun yang menggamit hati ana untuk berbual dengannya. koc wanita yang selesa dan lapang itu sememangnya memberi ruang yang cukup baik untuk kita melamar sebuah perhubungan kerana Allah insyaAllah.



Liya (bukan nama sebenar) merupakan pelajar Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah di ibu kota. Sesuatu yang menarik minat ana untuk mendekatinya adalah tulisan pada lengannya. Dengan menggunakan pen dakwat kekal, dapat dilihat ketaksuban atau dalam bahasa mereka bukti cinta separuh mati pada kekasih mereka. Lengan baju kurung sekolahnnya  yang disenteng hampir ke paras siku, memudahkan ana membaca dengan jelas nama yang tertulis di lengannya. Muhamad Rafiq Danial (bukan nama sebenar).... Di bawahnya ada segaris parut torehan. Huh, biar betul.




Belajar dari Abas As-sisi, neuron dicetuskan untuk mencari punca bagi memulakan perbualan. Hebat perencanaan Allah, seorang wanita separuh abad masuk ke koc yang kami naiki di salah sebuah stesen. Ana lantas bangkit dengan senyum nakal. Peluang..peluang.. memberi ruang kepada wanita yang mengingatkan ana pada nenek di kampung itu untuk duduk dan memilih untuk berdiri di hadapan Liya yang duduk bertentangan dengan kerusi ana tadi. Liya masih khusyuk dengan telefon bimbit di tangannya. Nampak tenang.. otak masih ligat berfikir, mencari muqaddimah paling tepat.


“Dik, jam dah pukul berapa ye? Jam akak mati pulak..” (sambil mengerling jam di tangan.. fuh, itu je idea yang terkeluar..)

Dia memandangku. Sekilas sempat memandang jam di lenganku. Mujur dia tidak melihatnya dengan jarak yang  dekat. Boleh jatuh situasi cuak yang mengkantoikan disebabkan jam yang ana pakai masih sihat wal’afiat biarpun telah setahun tidak menukar bateri. Dia lantas memandang jam di handsetnya, mungkin... sebelum menjawab pertanyaan ana.

“Terima kasih.. uhm, nak balik rumah ke?”

“Haah..”

Alaa..pendeknye dia jawab. Fikir lagi.. fikir lagi...

“Belajar kat ne?”

“Kat SMK *************** “

“Oh, p’nah dgr sekolah tu... form brapa ni?”

“Form 4...” (ok, kali ni ana rasa dia dah mula curious dengan ana)

“Akak nak pergi Klang.. ada program. Ni first time pergi Klang” (takpe..takpe.. teruskan usaha..)

“Lor, tak pnah pgi Klang? Akak orang mana?”

Yes! (dalam hati..) “Akak orang Perak.. belajar kat sini.. blurr gak ni. Takut sesat..haha..”

“Alah, tak de mende la kak.. pandai bawak diri, takdela sesat.. akak belajar kat UIA ke?” (ok, ana dinasihati dan adakah semua yang berpakaian seperti ini student UIA?)

“Tak dela la dik.. akak ambil perguruan.. teacher will be insyaAllah..”

“Oo...”

“Siapa nama ek? Akak duk panggil dik..dik je..huhu..”

“Liya..ok kak, dah sampai ni. jadi cikgu yang baik ye..”

“Ok, Liya... insyaAllah.. do remember. Allah loves you..”


Tren berhenti di stesen Padang Jawa sebelum Liya berangkat turun. Kata -kata terakhir ana membuatkan dia memandang an dengan  wajah yang tidak dapat diinterpetasikan dengan kata-kata. Mungkin berfikir maksud kata-kata ana. Sedikit kecewa kerana tidak berkesempatan untuk bertukar no. telefon. Apa-apa pun, pesanannya juga jauh meninggalkan kesan dalam diri ana. “Jadi cikgu yang baik ye..”


***********************************************************

Liya merupakan salah seorang dalam seribu remaja yang keliru dalam menanggapi fitrah naluri seorang  manusia. mengejar cinta palsu yang hakikatnya menjerat mereka ke jurang murka Allah. Seandainya seorang pendidik sendiri tertipu dengan permainan tipu daya syaitan ini, bagaimana pula generasi yang bakal terbentuk? Apatah lagi seorang da’ie. Di bumi manapun kita berpijak, kita menggalas amanah sebagai seorang hamba dan khalifah. Bukan tugas yang mudah yang juga tidak boleh diambil mudah. “Nahnu du’atun qabla kulli syai’in..” Tidak cukup sekadar menjadi “Malaikat cyber” dengan peringatan-peringatan melalui segala bentuk teknologi. Medan perjuangan yang sebenar adalah dengan berada di tengah masyarakat dan menebarkan fikrah serta mentarbiyyah berlandaskan alquran dan as-sunnah.


“Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang”.    (Al-an’am:165)


allahua'lam

2 Responses so far.

  1. salaam ziarah akak:)smg trus kuat.inshaAllah..lama xsinggah blog ukht,makin mantap..!:)mashaallah..

  2. ahlan2 ya ukhti habibati. mashaAllah, keif hal?
    semoga ukhti juga diberi kekuatan dan trus tsabat di jalan ini, insyaAllah.

    jom, teruskan p'juangan :)
    menulis untuk umat insyaAllah..
    sama2 doakan utk semua du'ah ^^

Leave a Reply