Bismillahirrahmanirrahim...
Qawiy (ﻗﻮﻱ)
Kuat. Bila bercakap tentang akhwat
yang kuat ni, apa yang kalian gambarkan? Incredible Hulk yang boleh memecahkan
dinding konkrit setebal 50 meter, atau superhero2 yang lain yang menjadi pujaan
generasi kanak-kanak termasuk kita dolu3…
Tentu la tak kan…ke, ada jugak?
Mungkin yang berlegar di kepala
adalah keupayaan memanjat gunung yang tinggi. Kemampuan meredah ombak laut dan
kegagahan mengatasi segala cabaran fizikal yang ‘dihidangkan’ oleh JU Fizikal.
Kan3? (tak baik tipu..huhu)
Betul. Tiada yang salah tentang
hal itu. Kebanyakan akhwat memang harus dinobatkan keqawiyan akan hal ni.
Namun, pinjamkan ana masa sejenak
untuk membawa konsep qawiynya seorang ukht pada satu sudut yang berbeza pula.
Akhwat yang sebenar
Kalau difikir-fikir, apa ya
peranan seorang ukht? Apakah hak-hak yang harus ditunaikan oleh seorang ukht?
Apakah disiplin hidup seorang ukht?
Akhwatfillah,
Bujang kek, sudah berumah tangga
kek (ambil aura Yoyoh Yusroh sket), kita punya peranan ‘asas’ yang hakikatnya
sama.
1. Memasak
Sekurang-kurangnya 3 kali sehari
(sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Pendek kata, dapur haruslah
sentiasa berasap. Sedap tidak sedap, special atau tidak..itu soal yang kedua.
Namun, bagaimana kita mendisiplinkan diri untuk tetap memasak walaupun
terpaksa bangun awal pagi, penat pulang dari bekerja mahupun terkejar-kejar
untuk ‘attend’ program. Kalau, kita dapat laksanakannya dengan menidakkan
kelelahan tubuh badan dan kekangan masa (tanpa mengganggu disiplin masa kerja
atau hambatan yang lain), kita adalah akhwat yang qawiy. insyaAllah.
2.Mengemas rumah
Walau sesibuk manapun kita baik
di tempat kerja mahupun di lapangan dakwah, sewajarnya hal ini tidak menjadi alasan buat kita untuk tidak mengendahkan hak penghuni yang lain mahupun diri sendiri
untuk mempunyai ruang persekitaran yang selesa dan memberi ketenangan.
Seandainya kita tidak mampu menyusun atur dan mengubah susun atur dengan kerap
pun, sekurang-kurangnya usahlah membuat sepah.. Amalkan disiplin, basuh, simpan
dan kemas setelah guna. Simpan setelah ambil dan letak barangan di tempat yang
sepatutnya. Yang kotor di mana letaknya..yang bersih di mana letaknya… Mudah
kan? Walaupun mungkin kawasan itu, bukan kawasan amanah buat kita..anggaplah kerjasama tu, amanah buat kita pula. Nah, qawiylah kalau mampu buat!
3.Mencuci, menjemur dan melipat
pakaian
Walaupun kita mempunyai koleksi
baju yang cukup 3 bulan dipakai pun, sewajarnya kita membiasakan diri untuk
bergera membasuh pakaian apabila cukup ‘haul’ (aci tak guna? Hehe). Maksudnya,
kalau dah penuh seraga tu, bawa-bawalah basuh.. dan jangn biarkan lama di
jemuran.. cari ruang untuk lipat setelah diangkat.. kalau tak mampu habiskan,
buat sedikit demi sedikit… dan simpan kemas-kemas di rak.. kalau kita mampu
urus kerja ni dengan baik, insyaAllah..kita akhwat yang qawiy!
4.Menghias rumah
WoW! Macam habis rajin je kan
bunyinya. Akhwatfillah, baiti jannati kan… Kalau ada masa lapang tu, apalah
salahnya mengubah suai susun atur rumah sket.. tukar mood orang kata.. letak
haruman… tapi janganlah kerap sangat.. Orang kata, kalau ada environment baharu,
adalah semangat baharu.. lagipun, takdalah kelam kabut kalau orang nak mai
rumah.. siap ada tagline ‘sentiasa terbuka, ahlan2’. Barulah mantop!! Qawiy,
insyaAllah!
Semua pasal rumah je… Ladies
betul…
Akhwatfillah, kita kan akhwat..
lapangan juang kita mungkin sedikit berbeza dengan ikhwah. Tak percaya? Tunggu saat
dah berumah tangga nanti. Harus dibiasakan kok.. Kalau tak, akhwat akan hadapi
tekanan dan mula berkeluh kesah bila dah mula ada anak2 untuk diuruskan nanti. Tanggung
jawab seorang ukht lebih banyak di dalam rumahnya. Menjaga hal2 rumah tangganya
dan membahagiakan seisi rumahnya. Nah, bila dah complete semua ni..barulah kita
rasa tenang tanpa rasa bersalah nak kibar panji kat medan amal di luar sana..
Akhwat, kita tak maulah akhwat
cakap berapi2 kat luar..tapi rumah tunggang langgang. Kita tak mau akhwat
sekadar hebat mentajmik dan bawa usrah, tapi rumah tangga terabai. Namun,
jangan lupa satu lagi disiplin yang penting yang menjamin qawiynya seorang
akhwat iaitu hubungan dengan Allah S.W.T.
Siapa kita di malam hari
Kekuatan yang sebenar akan
diperoleh apabila kita menjaga hubungan dengan Allah S.W.T.selayaknya dakwah
ini dibawa oleh mereka2 yang menjadikan panggilan hamba, benar2 meresap dan
menjadi ruh ke dalam jiwanya.
Kalau pun kita mampu mengaum
sehingga menggentur 7 petala langit di kala siang hari, namun tewas dengan
dengkuran hingga Subuh kala malam hari.. simpan sahaja taring dan kuku itu.
Akhwatfillah,
Apa yang kita cari di jalan
dakwah ini, adalah redha Allah S.W.T.. bukan untuk disebut2 sebagai susuk yang
hebat.. bukan untuk mengejar2 segala pangkat… tapi untuk dinobat sebagai
pejuang akhirat hanya pada pandangan Allah S.W.T. Justeru, usahlah kesibukan2
kita di tempat kerja, di dalam rumah tangga apatah lagi di lapangan dakwah
menjadikan kita beralasan untuk meraikan nafsu untuk tidak bangun berqiamulail
di malam hari.. hakikatnya, inilah keqawiyan yang paling utama.. iaitu akhwat
berupaya menambat kemas nafsu dan memadamkan kelelahan tanpa mengabaikan
tanggung jawab dan hak Allah S.W.T, diri sendiri, Jemaah dan saudara yang
lain..
Seandainya akhwat mampu menjaga mutabaah/ disiplin amal dengan
baik..akhwat lebih layak digelar qawiy. Malah akhwat pasti mampu melakukan
segala hal yang ana sebutkan di atas tanpa ragu dengan izin Allah.
Rumah Akhwat
Bagi bujangnians di luar sana,
justeru kita harus sedar peri pentingnya kewujudan dan menghidupkan sebuah
rumah akhwat dakwah. Di dalamnya bukan sahaja individu yang terbentuk subur
dengan amal di lapangannya, terdidik disiplin rumah tangganya..malah subur
imannya..
Rumah akhwat bukan semata2 ditubuhkan
untuk menjadi tempat berbumbung akhwat2 bujang, nursery sementara anak2
ikh/akhwat yang dah berkahwin.. namun lebih dari itu.. di bawah bumbung itulah,
kader2 yang qawiy terbentuk dan dibina. Menjadi madrasah tarbiyyah.. Maka tidak hairanlah jika rumah akhwat,
ada pemantaunya…
Adapun seisi rumah akhwat,
hubungannya adalah hubungan keluarga. Perbualan, perbuatan dan perkongsian hal2
antaranya, adalah hal keluarga.. jangan bataskan dengan hubungan yang terlalu professional..
benar enggak? dan jangan juga disebabkan tuntutan kerja dan dakwah, kita lupa berukhuwah sesama ahli rumah tangga... :)
Sekadar renungan buat kita
bersama yang hakikatnya lebih-lebih lagi ditujukan kepada diri sendiri.
Allahua’lam