Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

..hati dikuarantin..??

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

bismillahirrahmanirrahim...



jiwanya b'getar. jemari digenggam rapi, merisik segenap ruang hati, mncari biar sekelumit kesabaran. menggetap bibir, kalimah keampunan ditutur penuh ihsan dr Yang Maha Mengetahui. sehebat ini dugaan mnjujung syariatMu wahai Rabb.. neuronnya dicetuskan, cuba mngingati dan mmbacakan pd jiwanya 1 peringatan dr Yang Maha Mengerti..

"Jadilah pemaaf dan suruhlah org mngerjakn yg ma'ruf, serta jgn pedulikan org2 yg bodoh". (Al-'Araf:199)


"Huh, ni msti sbb duk kwn ngan geng ahli syurga tu, jumud!!", kata2 yg dihambur terasa lancang mnyentap gegendang telinganya. "Anti lelaki, nak jadi andartu ka?", tanpa hikmah tuduhan dilemparkan.


matanya meredup memandang hamparan bumi yg dipijak...cuba mengalirkan aliran negatif ke dalam perut bumi, pd unsur yg mnjadi asal pnciptaan Adam.. alis matanya mula dibasahi dengan takungan, tidak berani dia mengangkat muka memandang wajah lelaki yg sdang dirajai rasa amarah t'hdpnya dan shbtnya yg disayangi itu.ah, dia dikatakan sebagai penghalang bagi perhubungan mereka berdua!


wajahnya diraup. perlahan... namun nyata, sukar untuk menafikan hukum graviti bumi yg memaksa titis air jernih itu mengalir. tidak tertahan, menderas.. b'jujuran... diselam dalam2 ke dsr sanubari, ketabahan dilamar dgn setitis embun keimanan. aRGGHhh, tidak semudah yg disangka. iman yg t'lalu tipis mnjadikn waktu trasa pnjg untuk mnerima ujian sebegitu.


lelaki itu melangkah pergi.


sahabatnya yg hanya mendiamkan diri sedari td mula menggenggam jemarinya.. erat.. ibarat molekul oksigen yg meresap antara dinding alveolus...begitulah dirasakan kekuatan hadir dr sntuhan mulus seorg sahabat. wajahnya diangkat, air matanya diseka. cuba untuk menguntum senyum. "Semoga Allah meredhai usaha kita," hanya itu yg mampu terungkap di bibirnya kala itu. dia juga tahu, lelaki itu masih belum mngerti.

**************************************************************


bait2 kalam Ilahi dialun pnuh syahdu. tiap butir isinya cuba difahami sbaiknya. mntadabbur... sungguh hebat cinta Ilahi. mmbaca surat cintaNya sahaja bisa menjadikan hatinya b'bunga. sarat dgn rasa rindu..untuk terus melanjutkan bacaan.. jua rasa takut seandainya murkaNya mula menjengah...kerana hakikatnya murka al-Khaliq bererti kehancuran khidupan. namun, dia sendiri mengakui. bukan mudah... bukan mudah untuk mndidik hati untuk mnjadi hamba yg sbenar2nya hamba.


irama melankolik dr handphonenya sdikit mengganggu tumpuan. ada mesej yg masuk. namun diabaikan dahulu bagi menghabiskan bacaannya. usai doa dipanjatkan, handsetnya dicapai. no yg xdikenali.


"haram, b**i! ni suma sbb hg. geng2 ampa ni memg suka hasut org. ampa jeles!"


astaghfirullahal'azim... kali ini dia tidak mudh tewas. mesej itu terus dipadamnya. dia tidak mahu meneka siapa pengirimnya. takut memfitnah.. diabaikan shj. namun, hatinya ttp b'doa agar si pengirim diberikan hidayah.


cinta islami? huh, dia mengeluh panjang. teringat kata2 seorg penceramah ketika diajukan soalan b'kenaan fenomena cinta sbegini.. "asif, adakah b**i islami?",ringkas...


hanya cinta slpas nikah shj yg diredhai Allah. b'cinta dgn alasan kononnya tidak keluar b'dua, b'pegangan tangan tidak dapat mnyelamatkn mnusia biar dr sdikit p'cikan azab api neraka. kemaksiatan itu luas. namun tak seluas kebaikan. tapi, mengapa manusia lebih suka b'gelumang dgn jerat kemaksiatan.


mesej2 tnpa kejelasan asbab yg syar'ie.. bukankah blh mngundang fitnah dan maksiat hati? bukankah rasa rindu pd insan yg b'lawanan jenis sblum akad dilafaz itu adlh maksiat?


seorg lelaki yg soleh, bukan dinilai dr kata2 atau nasihat2 yg diberikan mnggunakan snjata agama. ttapi dinilai dr amalnya. ya, amal yg b'bicara. seorg lelaki yg soleh pasti mnghormati kdudukan wanita yg sgt diinginkannya utk mnjadi suri hdupnya. ketua bidadari baginya di syurga kelak. bukankah perasaan hormat itu harus ditunjukkan dgn memahami hukum dan syariat serta kdudukannya yg masih di bawah tanggugjawab ibu bapanya??


ibu bapanya merestui? lalu, bagaimana pula dgn pemiliknya yg hakiki. ALLAH, Rabb Yang Maha Izzah. Dialah Khaliq yg Maha Mengetahui stiap yg t'lihat mahupun yg t'sembunyi. apakah Allah merestui?


"Ktorang tak buat apa2 pn, mesej pn jarang. kadang2 je, tukar2 hadiah. yelah, nak kenal2 katakan,"alasan yg sering diberikan,. p'kenalan yg cukup t'hormat bagi kedua2 belah pihak telah disarankan dalam islam. dengan menggunakan org perantaraan. na'udzubillah.. semurah itu harga sebuah ikatan. saat Allah ingin mmberikan kemuliaan, manusia sering tewas dgn rintik2 kejahilan. hatta, p'tunangan itu sndiri tidak mnjadi tiket utk bakal pengantin b'hbgn sebebasnya.


jauh dilemparkan pandangannya ke luar jendela biliknya. kelihatan sekumpulan camar sedang terbang membelah gumpalan awan yg mmutih.. tak lama lagi, mega merah kan b'tandang sebagai muqaddimah sblum matahari menghilang.. "Allah-lah yg mngizinkan kedua sayap burung itu mnerbangknnya tinggi di angkasa. tanpa tali... Maha Suci Allah, hukum fizik..aerofoil..",getus hati kecilnya.. Allah jugalah yg telah mnyelamatkannya dr terus mmbuat ksilapan. pilihan yg salah.. lantas dia b'istighfar sesal dgn kisah lalu. syukur... atas kasih syg Allah.


**************************************************************


gangguan demi gangguan diterima olh sahabatnya. namun, dia b'sama rakan2nya yg lain tidak p'nah b'putus asa mmberikan kkuatan. bukan mudah untuk mnamatkan sbuah kisah 'indah' spt ini. namun, 'keindahan' spt ini lah yg akhirnya mmbw kpd kmudharatan di kmudian hari. bgitulah, indahnya tarbiyyah. bila keyakinan dan kefahaman digenggam...soal aqidah lbh mnggusarkan dlm stiap p'kara. bukankah Allah telah b'firman, stiap manusia dijadikan b'pasang2an.. lelaki yg baik utk prempuan yg baik. bgitulah juga sbaliknya. ragu2.. mohonlah keampunanNya?


"Perempuan2 yg keji utk lelaki2 yg keji, dan lelaki yg keji utk perempuan2 yg keji (pula), sedangkan perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik utk perempuan2 yg baik (pula). mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. mereka memeperoleh ampunan dan rezki yg mulia (syurga)" (An-Nur:26)


p'nikahan yg dimulai dgn maksiat, akan diuji olh Allah dgn titipan dugaan bg mnjadi kifarah bg hambaNya...atas tanda kasih sayangNya.. supaya manusia b'taubat.. justeru, tidak hairanlah mengapa ramai dlm klgn pasangan yg b'cinta sblum p'nikahan ini, mengalami masalah spnjg mlayari alam rumahtangga. rasa tidak p'caya, hubungan yg hambar.. maklumlah, kata cinta dan sayang telah biasa diungkapkan.. tentu kehabisan modal stelah ikatan itu t'bina.. sblum kahwin, segalanya indah... maklumlah, belum memiliki secara sah. kalau kdudukan pasangan sblum dinikahi pun tidak dihormati, mungkinkah nasib t'bela stlh diijabkabulkan. anda pasti??


tekanan dari ragam anak2 yg t'hasil akibat p'mulaan susunan batu bata tatkala mmbina mahligai kasih itu pasti mnjadikan keadaan rumahtangga haru-biru. anak2 yg degil, b'masalah.. maafkan dirinya seandainya menyatakan, itulah antara ujian lain yg Allah berikan ats hubungan yg dilakukn atas dasar nafsu smata2. tanpa redha Allah.. di mana kberkatannya??

**************************************************************


masa b'lalu smakin pantas. urusan agama Allah sering mnjadi wahana untuk dia dan sahabat2nya mndekatkan diri kpd Allah. mereka bukan insan yg mulia. mereka juga insan biasa. masih t'lalu byk p'kara yg p'lu dip'baiki. bukankah tarbiyyah itu 1 proses yg panjang? mereka b'usaha untuk mnjadi sesolehah yg mungkin, mngikut kmampuan. doa dipanjatkan terus menerus, moga Allah mmandang usaha mereka dan mmberkatinya. agar keinginan mereka diizinkan untuk mnjadi kenyataan. beroleh cinta Allah yang hakiki... bukankah dgn mencintai Allah, kita beroleh segala kecintaan??


hati dikuarantin, dari sebarang virus2 yg blh mnggugah kerinduan dan kecintaan kpd Yang Maha Mencintai.. sdgkn benih2nya baru b'putik.. mana mungkin naluri mnginginkan benih yg smahal itu diracun...dgn butir2 kelalaian. aRGGHh, tidak smurah itu.

bukan mudah bangkit dr palitan sumur penuh dosa.. ibarat tenggelam di tanah yg jerlus... t'kapai2 mncari sinar, mghrp ada tangan yg mnghulur. dan kala tangan2 itu digenggam rapi dgn tarbiyyah...hati tetap cuba b'tahan untuk b'paling dr tapak noda dosa itu.. melewatinya? tidak mungkin... ini p'juangan.. 1 jihad...



"you all ni anti-lelaki eh? zaman skrg ni, mana main dh.. cinta2 pas kawin ni.. kolot.. ni, pakai tudung labuh ni, serius, nampak mcm org tua", keteguhan diuji lagi. pilihan muktamad, pekakkan telinga. namun, hati jgn p'nah b'henti b'doa agar pintu hati mereka kan t'buka utk mnerima hidayah Allah suatu hari nanti. tak lupa juga untuk diri sndiri. Allah-lah yg mmberikan hidayah, dan Dia-lah juga yg b'hak mnariknya kmbali andai kita tidak b'syukur.. na'udzubillah...

**************************************************************

dunia ini merupakn hanya 1 pentas bg stiap makhluk, utk diuji siapa yg t'baik amalannya. keindahan yg dirasai di dunia hanyalah smentara, tak kan p'nah t'tanding ni'mat dgn ni'mat Allah di akhirat kelak. bgitu jualah dgn azabNya.. di dunia, hanya sekelumit... tak kan p'nah t'byg seksanya azab Allah di akhirat kelak.. na'udzubillah...


nasihatnya buat dirinya, tiada manusia yg dilahirkan utk mnjadi pghuni neraka. manusia diberikan pilihan dan mreka berhak mmbuat pilihan. Allah sntiasa mmbuka pintu taubat buat sekalian hambaNya... dan Dia juga tidak p'nah putus asa utk mnguji manusia dgn plbg ujian agar mnusia kmbali mngingatiNya.. krana cintaNya.. mana mungkin Dia mnginginkan maklhuk yg diciptanya pnuh rasa kasih yg tulus, diazab di akhirat kelak.


sptmana kisah Nabi Yunus stelah diizinkan Allah utk dkeluarkan dr perut ikan nun.. diperintah mmasuki sbuah kampung, dan tatkala itu baginda terlihat seorang lelaki sdg mmbentuk sbuah tembikar. dgn rasa tekun dan sabar... itulah sumber pndptnnya.. lalu Allah mmerintahkn Nabi Yunus a.s mnyuruh lelaki itu memecahkannya.


Lelaki itu lantas marah.. lalu b'kata, "engkau seorg yg jahat. engkau mnyuruh aku mmusnahkan ssuatu yg aku buat dgn susah payah!".


lalu Allah mnurunkan wahyuNya.. "Tidakkah engkau melihat org itu marah apbl engkau mnyruhnya mghancurkan apa yg dia ciptakn? sdgkn engkau mnyruh Aku mmbinasakn hmba yg Aku cipta dan Aku pelihara utk mnjadi kaummu? apakah yg mmberatkanmu bg mlakukan kbaikan ke atas umatmu yg b'jumlah 120 000 org itu?"


bgitulah kasih Allah, biarpun umat yg dihukum Allah atas p'mintaan Nabi Yunus a.s itu telah mnolak seruan baginda utk b'iman kpd Allah.. lalu, pantaskah kita mnzalimi hak Allah t'hdp kita? andai cinta manusia yg didambakn, kebahagiaan itu akn dtg dan p'gi apabila mnusia itu p'gi.. namun, cinta pd Allah kan sntiasa kekal..hakiki...

allahua'lam..asif jiddan, skadar p'kongsian. moga b'manfaat. insyaAllah..
wa ilallahiturja'ul umur..

2 Responses so far.

  1. penuh makna entri kali ni...mendalam n amat menyedarkn

  2. uhm, insyaAllah. juz nak share. fitrah mnusia, ada kalanya silap mmbuat p'hitungan. tp, blajar dr kesilapan 2 p'lu. if x, ia x lg dinamakan ksilapan..tp ksalahan.. asif, if ada mngguris hati mana2 pihak.

Leave a Reply