Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

..purnama dirindu.. ahlan wasahlan ya ramadhan

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdulillah masih dberi ksempatan utk b'ibadah pdNya, sbg bekal sblum kmatian mnjmput pergi... namun, pengharapan masih setinggi langit..mudah2an amal yg t'lalu sedikit spnjg usia dan gilir waktu yg b'lalu diterima olh Yang Maha Mengetahui.. Ya Allah, suburkanlah kerinduan dan kecintaan hanya padaMu.. berikanlah kekuatan utk segenap tubuh ini melaksanakan tugas sbg seorg hamba dgn sebaiknya..


Ahlan... Ahlan... Ya Ramadhan..


"Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa". (Al-Baqarah: 183)






tirai sya'ban mula b'labuh, percikan siar ramadhan mula mnampakkan diri.. seindah percikan bunga api di langit kala malam bertandang.. biasan cahaya ilham ciptaanNya, bisa mmbuat setiap mata yg mmandang mngukir senyuman keasyikan.. subhanallah...


ramadhan,
saat ini ku menghitung detik dan waktu
debar yang kurasa sukar tuk dibujuk
ibarat sang arjuna yg mngintai dara di balik tirai
kapankah pertemuan itu?


ramadhan,
namun hati ini masih b'kira2
masih punyakah waktu utk nafas terus dihela
andai utk mghirup udara di purnamamu yg pnuh nikmat juga,
bukanlah suatu kepastian untukku


ramadhan,
selaut rahmat Sang Kekasih yang kudamba
bisakah kulamar dengan setitis embun imanku?
atau kan b'gelora akhirnya
kerana hembusan angin nafsu yg sukar tuk dirantai?


ramadhan,
kira kau tahu,
andai kuhamparkan sulaman dosa dan khilafku
barangkali segenap dataran dan lautan kan terhijab
namun, kuyakini janji Al-Ghafur
kan ada titis maghfirah
yg bisa mmadamkan titik noda itu
yg slama ini mmbaluti ruang hati
ya, aku gagal mnjadi hamba
yg sbenar2nya hamba,


ramadhan,
rindu ini kian mencengkam,
hingga menitiskan titis jenih yg berjuraian,
jemari yg mnyeka ibarat tewas mnjadi penawar
menebat kehebatan sutera cinta yg mengelus kamar nurani
namun, sekali lagi aku mendengus sendiri..
apakah kecintaanku padamu ramadhan,
lantaran kuntuman kasturi cintaku pada Rabb al-'Alamin..?


sauh telah kulabuhkan,
layar telah kukibarkan..
mnanti hembusan angin barokahmu
yg bisa mengukir nafas keasyikan amal
bagi membolehkan bahtera p'jalanan hidupku
kan tersus berlayar...

ya ramadhan hubb, ahlan wasahlan...



*******************************************************


Hadith2 b'kenaan fadhilat Ramadhan

  • Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (H.R Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)


  • Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (H.R Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


  • Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (H.R Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)


  • Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam). (H.R Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)


  • Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (H.R Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


wallahua'lam...semoga ramadhan kali ini lbh baik dr ramadhan sebelumnya. insyaAllah..


Leave a Reply