Bernafaslah dalam molekul cintaNya, semoga pekat darah yang mengalir, dapat menjadi mahar bagi melamar redhaNya. insyaAllah..Kita hanya ingin hidup mulia atau mati syahid!!! Justeru, usah walang dek jajaan dunia!
”الواجبات كثير من الأوقات “
“Kewajipan-kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada”

Yallah, Sertai Kami!!

Yallah, Sertai Kami!!

Realiti Umat

-
a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر

Bismillahirrahmanirrahim... 
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya (Muhammad) dan kepada kitab (Al-Quran) yang diturunkan kepada RasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa yang ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sungguh, orang itu telah tersesat jauh." (An-Nisa':136)

Lewat waktu Dhuha, kami melangkah ke kantin untuk mengisi kelongsong perut. Dari jauh, kelihatan Kak Aya (bukan nama sebenar) sedang meletakkan tas tangannya di meja. Mungkin juga baru tiba. Kak Aya merupakn satu-satunya Ustazah yang benar2 ustazah pada pandangan kami. Maaf berkata demikian disebakan persekitaran ustazah2 kini yang dilanda fenomena "Ustazah Bertudung Ekspress". bak kata Ustaz Don, bila pakai tudung ekspress ni..yang labuh makin singkat.. Yang longgar makin ketat =_='

Kami memang suka berbual dengan Kak Aya. sejak hari yang pertama. Tambahan pula, kami disangka 'ustazah' yang akan melaksanakan praktikum utk subjek PAI. Kak Aya byk b'kongsi jalan hidupnya dan pengalaman yang telah dilalui. Sebelum ni, Kak Aya menuntut di salah satu IPT yang terkemuka yang terletak tidak jauh dari IPG kami. Kak Aya juga merupakan salah seorang ahli Persatuan Islam yang aktif di IPTnya dahulu. justeru, tidak hairanlah jika banyak isu semasa yang kami kongsi bersama. bagi kami, beliau merupakan 'otai' yang sefikrah. ^_^

***********************************


Yang duduk berdekatan kami, seorang bekas peguam yang kini setiap hari menabur bakti di sekolah sebagai Pengerusi PIBG. Wanita itu kami panggil sebagai 'ibu'. beliau juga banyak berkongsi pengalaman dan ilmu bersama kami. pendek kata, kalau masuk sebagai gelas kosong.. keluar pasti dengan limpahan airlah... hehe.

Tapi, isu perbincangan kali ini amat serius. Bukan soal murid yang bertumbuk di dalam kelas atau berebut barangan. Dan bukan juga isu murid yang susah betul mendengar kata.Tapi isu yang jauh lebih besar dari 'fitrah' kanak-kanak seusia mereka. 

"Aya, baru ni Aya jumpa ke mak Ina (bukan nama sebenar)?" tanya ibu.

"Uhm, saya tak sempat nak jumpa pun. Allah pelihara saya agaknya. entahla.. saya tahu, fitnah bagi saya kak..", balas Kak Aya dengan wajah yang mula meredup.

Saya yang duduk di hadapannya mula mengerutkan kening. tetapi cuba untuk tidak ikut campur. mungkin ini isu orang 'dewasa'. Cuba dipekakkan telinga. begitu juga teman yang lain.

"Tapi Aya.. kita kne selamatkan die. Bahaya ni..", tegas ibu.

"Ya Allah kak, saya tak tahan dah. sebelum ni mak die dh mari nak serang saya. Nasib baik GB kite ni backup. Alhamdulillah...", sambung Kak Aya. 

Ah, hati saya membuak-buak. cetusan neuron melamar inkuiriku untuk terus 'curi-curi' mendengar. masa sih, mampu berlakon dan pura-pura tidak mendengar sedang mereka berbual dan saya duduk di antara mereka. Cuba2! buat xtahu je.. terus makan!

"Isu agama ni xboleh dibuat main ni Aya,"sambung ibu lagi. memecah suasana yang tadinya diam sebentar.

Kali ini, gegendang telinga saya ibarat berada di dalam medan magnet. Tertarik bukan sahaja untuk terus 'mencuri dengar", tapi mulut ini pun mula bersuara.

"Kenapa kak? Berat betul bunyi ni.."

Kak Aya beristighfar. menghentikan niatnya untuk terus menyuap nasi yang telah dijemputnya. beliau memandang tepat ke arah saya. menarik nafas dalam untuk 'memulakan' cerita.

"Ada budak nak keluar agama," rintih Kak Aya.

derau darah mula terasa. meremang. tersandar saya di kerusi. kami beristighfar panjang.Saya memandang wajah Kak Aya, menanti beliau menyambung ceritanya..

"Macam ni, dia Islam sejak lahir. Maksudnya, lahir2 dh Islam. Tapi, mak die masuk Islam waktu nak kahwin dengan ayah die dulu... lepastu, bercerai. Mak die keluar Islam dan kahwin dengan lelaki yang bukan Islam."

Kami menggeleng. saling berpandangan. Astaghfirullah wa na'udzubillah....

"Sekarang ni, mak die datang sekolah. nak serang akak kononnya akak ni nak paksa anak dia masuk Islam semula. konon akak nak bawak balik anak die supaya tak ikut agama die.."

"Akak tak pernah paksa dia. akak nasihat secara sehabis hikmah. Bayangkan, pakai skirt. dah darjah enam! akak tanya dia, ada baju kurung x kat rumah.. die kata ade... akak kate, kalau pakai baju kurung lagi manis... tapi, dia bagitau kat mak die.. akak paksa pakai baju kurung. pakai tudung. Lama dah akak kene. Akak tahan je. tapi kali ni, akak dh xlarat dh"

Saya terdiam. Ada gelojak dalam hati. 

"Astaghfirullah, nape akak x share dengan kami. mungkin kami blh bantu. Ni hal aqidah kak. isu besar! Akak sedang berjihad ni kak", saya mencelah apabila beliau diam seketika.

"Akak x mau kecoh2 hal ni. Kalau ikutkan, mak die mmg nak panggil wartawan sume. nak khianat akak. nasib baik GB backup akak. kalau awak nak tolong die..awak ambillah. akak dh xtahu nk buat ape dh. die sendiri pun putar belit,"sambut Kak Aya.

"Ayah die?", saya cuba mencungkil.

"Ayah die Islam. Tapi Islam atas i/c. Tak risau langsung tntg hal aqidah anak2. apatah lagi hal2 lain," terang Kak Aya. 

"Kalau macam tu, susahlah... sebaiknya, ayah die sendiri p mahkamah. buat tuntutan hak penjagaan anak2 supaya x diseleweng aqidah. x salah saya, ade akta utk tu..", saya menyambung. ibu hanya diam. kelu agaknya.

"masalahnye, kita ni cuma pihak sekolah. semua tu, luar bidang pihak sekolah. kalau kita nak nasihat, kata ikut campur. nilah masalah orang zaman sekarang. tapi, kalau bab anak nakal, anak 'bebal'.. salahkan sekolah. dikatanya tu tanggungjawab sekolah," keluh Kak Aya kecewa.

"Tapi, isu murtad ni...bukan isu baru. kat sekolah ni mungkin.. tapi zaman akak belajar dulu.. biasa... Paderi Melayu keluar masuk. Awak tahu x, ade kolej Melayu kristian?" perbincangan kian rancak.

"Uhm, yang saya tahu gereja Melayu Kristian..kat PJ kan?"

"Hmm..dekat dengan asrama PPUM tu.. dekat saje. Paderi Melayu semua.. die tarik palajar2 IPT utk murtad. die pandai.. cari 'ejen2' yang putih2.. muka bersih.. cantik2... masuk IPT, jual produk kecantikan. Kononnya diorang pakai produk 2.. murah je.. bayar kemudian pun xpe. sebab diorang bukan nak untung jual tu sgt.. tapi nak sesatkan orang.."

suasana lebih serius. seandainya butiran bom diledakkan di luar pun, belum tentu dapat mengganggu kehangatan perbincangan ini. agaknya.

"Die jual air.. lepas minum.. bukan tudung.. nampak salib.. terus murtad. zaman akak dulu, ramai.. hampir 1 kolej. tapi yg jual 2, kita x sangka dia biarawan.. pakai mcm kita..." jelas Kak Aya sambil menunjukkan tudungnya. Tudung labuh!
 ~musuh bijak mengatur tipu daya, 
fitnahnya pada gadis yg benar2 b'tudung labuh~


Astaghfirullahal'azim... 

"Dulu, akak dh naik Kementerian tentang isu ni. tapi sume tutup pintu. x mau ambil tahu. kita pulak waktu tu pelajar, x mampu nak pgi Kementerian hari2,"sambung beliau lagi.

"Seingat akak, dulu.. Melayu murtad dpt RM5 000, cina RM3 000 rasanya.. India dlm RM1 000. Melayulah paling tinggi, Tak payah kerja pun xpe. masuk je agama diorang. dapat duit tiap2 bulan," beliau menyambung smbil menggeleng.

Lonceng amaran telah kedengaran. Kami segera bersiap untuk meneruskan 'khidmat' sebagai seorang mu'allim.. untuk menjadi seorang murabbi, mu'adidb, mursyid dan mudarris.... semuanya tergantung pula pd diri. benarkah sudah dilaksana? lalu mengapa isu murtad masih berleluasa? saya melangkah dengan tekad. saya ingin bertemu murid tersebut. Ya Allah, permudahkanlah..usah Kau rumitkan.

kalian yang mendepani, kalianlah juga yang harus menanggapi.
namun, bagaimana mungkin tanpa ilmu dan rasa kepentingan untuk berbuat?
renung-renungkan..

Xperlu tunggu jadi USTAZ atau USTAZAH untuk mendidik hal agama kepada mereka. Cukuplah dengan lafaz Tasyahud yang kalian ikrarkan! 



~anak didik saya ~
dahulunya semua yg Muslim, free hair
Alhamdulillah~


Leave a Reply